Sunday, April 25, 2010

My Husband. My version. (kalau nk muntah, pls jangan baca)



Saya sayang suami saya. Kenapa?
Sebab dia sangat best dan dia sayang saya baaaaanyak sangat.

Suami saya suka music trance. Saya suka muzik tenang-tenang.
Tapi kami dua-dua suka muzik pop korea.

Suami saya suka duduk rumah main game. Saya suka jalan-jalan mandi laut dan sungai.
Tapi kami dua-dua suka hati bile tengok How I Met Your Mother dan Ouran High School.

Suami saya suka masak. Saya suka tidur.
Tapi kami dua-dua memang suka makan.

Suami saya suka baca komik. Saya suka majalah design.
Tapi kami dua-dua nangis teresak-esak lepas baca novel Cecilia Ahern.

Suami saya suka melukis. Saya suka menulis.
Tapi saya amat meminati hasil karya dia dan dia juga suka baca hasil tulisan saya.

Suami saya seorang yang sangat relax teapi suka maki hamun ketika memandu.
Saya pulak selalunya kelihatan stres tapi sebenarnya sangat manja dan ngada-ngada.
Tapi bila bersama, kami tak malu untuk menjadi diri kami sendiri dan berkelakuan seperti budak-budak kerana seronok.

Suami saya seorang pensyarah yang cool dan kelakar. Saya pula konon-konon garang.
Tapi kami dua-dua sayang anak-anak murid kami.

Suami saya besar orangnya, Saya pulak makin membesar bila bersama dengan dia.
Tapi bila jalan dengan dia, saya tetap nampak kecik dan comel (or so he says)..

Di mata dia, saya sangat istimewa.

Suami saya membuat saya rasa seperti seorang wanita yang hebat.
Dengan kata-kata dan perbuatannya, saya merasa seperti seorang yang paling cantik, paling pandai, paling baik dan paling disayangi. Saya merasa dia sangat bangga mempunyai isteri seperti saya.

Suami saya percaya pada diri saya dan membuat saya percaya pada diri bahawa saya mampu mencapai apa sahaja yang ingin saya kecapi.

Saya tak tau pasal orang lain, tapi pada saya, suami saya adalah nikmat dari Tuhan yang sangat besar dan hebat. Dan kasih sayang adalah satu bukti kekuasaanNya yang agung.

Saya berdoa agar kasih sayang kami diredhai, diberkati dan dirahmati. love you yayang.