Monday, October 29, 2012

Ketam



Umpama ketam
Berjalan tidak terus, tidak lurus
Melangkah ke sisi
berjalan di tepi-tepi
Lebih selamat, kata hati.

Kerana takut menerjah
takut takut ia lari
takut ia hilang dan pergi

Pada aku, kau berharga
Kau dua dari tiga, empat atau lima
Tapi mungkin itu aku
Mungkin kau tak rasa begitu

Perasan aja aku ini
Agh, sudah lebih dari sekali
Usia sudah meningkat tua
Sayang sekali

Bak si ketam dengan penyepitnya
Cuba ku sepit seerat mungkin
Tapi kekadang terpaksa ku lepas jua
Aku berpura-pura dingin
Macam aku yang tak hingin

Seperti ketam
Cengkerangnya sahaja keras
Isinya terlalu lembut
Macam kertas
carik-carik jadi kusut

Bersembunyi di sebalik batu
hanyalah cara untuk melindungi diri
dari sakit hati

No comments: